Meninggal dunia Ali Mamak

Pada 27 Mac 2014, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi akibat komplikasi paru-paru. Menurut rakan baiknya, pelakon dan pelawak Abon, jenazahnya dikebumikan di Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.[2] Beliau menderita penyakit leukemia sejak beberapa lama dan meninggal dunia pada usia 63 tahun.